KELAB PENCEGAHAN JENAYAH MCPF
Latar Belakang
 |
Memandangkan kadar jenayah di kalangan remaja masa kini semakin meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di Sekolah-Sekolah Menengah difikirkan perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal di kalangan pelajar sekolah.
Penubuhan KPJ di peringkat Sekolah-Sekolah Menengah adalah satu projek Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang telah diwujudkan pada tahun 1999 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 7/1999, bertarikh 10hb Jun 1999, telah menyarankan semua Sekolah Menengah di seluruh negara supaya menubuhkan KPJ. MCPF menyumbangkan sebanyak RM100.00 (secara sekali gus) kepada setiap KPJ yang telah ditubuhkan. |
Kini, terdapat 1467 buah KPJ di seluruh negara. Namun begitu, dianggarkan hampir kesemua KPJ tidak aktif dan menjadi sekadar Kelab biasa sahaja.
Pengurusan KPJ adalah ditugaskan oleh Majlis Eksekutif (EXCO) kepada Jawatankuasa Tetap KPJ (Crime Prevention Clubs Standing Committee), yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Objektif
- Untuk memupuk rasa patuh kepada peraturan dan Undang-Undang Negara.
- Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
- Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar tentang pencegahan adalah lebih baik dari memerangi jenayah.
- Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan mengalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
- Melahirkan Pelajar yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan Negara.
- Untuk mendidik supaya Pelajar-pelajar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah.
- Untuk mendedahkan kepada Pelajar-pelajar tentang cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Matlamat
Matlamat penubuhan KPJ adalah untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Penutup
Secara keseluruhannya, MCPF benar-benar bimbang dengan kadar jenayah yang melibatkan pelajar sekolah dan berharap agar Kementerian Pelajaran dapat bekerjasama mengaktifkan kembali KPJ ini agar kita dapat mewujudkan komuniti pelajar yang bebas jenayah.
Kejayaan serta keberkesanan KPJ bergantung sebahagian besarnya kepada komitmen dan usaha yang bersunguh-bersungguh dari Pengetua dan Guru-Guru yang terlibat. Manakala pelajar-pelajar yang menjadi ahli KPJ merupakan pemangkin kepada usaha membangkitkan kesedaran betapa pentingnya pencegahan jenayah dan cara-cara menjauhinya di kalangan pelajar.
Oleh kerana terdapat banyak KPJ ditubuhkan seluruh negara, maka MCPF ingin mencadangkan agar pemantauan dilakukan di peringkat negeri. Jabatan Pelajaran Negeri boleh menjalankan pemantauan (melalui Pejabat Pelajaran Daerah) dengan menetapkan Pengetua-pengetua Sekolah memberi Laporan Prestasi Bulanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. Ini dapat memastikan agar Pegetua-Pengetua lebih prihatin tentang kepentingan KPJ dan memantau aktiviti yang dijalankan agar dapat membanteras jenayah di peringkat sekolah (yang mana MCPF sedar keseriusan kadar jenayah yang kini meningkat setiap tahun).
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH [KPJ]
| STRUKTUR ORGANISASI |
| Penaung |
Pengetua Sekolah |
| Penasihat |
Guru Sekolah |
| |
Pegawai Polis Perhubungan Sekolah |
| J/Kuasa KPJ |
Presiden; Naib Presiden; Setiausaha;
Penolong Setiausaha; Bendahari; dan 5 orang
Ahli Jawatankuasa.
[Semua jawatan-jawatan ini dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan] |
| Keahlian |
Terbuka kepada semua pelajar Sekolah berkenaan |
AKTIVITI-AKTIVITI [YANG DI CADANGKAN]
- CERAMAH / SYARAHAN
- Jenayah
- Dadah
- Undang-undang
- Rukun Negara
- Bahaya Merokok
- Keselamatan Persendirian
- LAWATAN SAMBIL BELAJAR
- Muzium-Muzium
- Balai Polis
- Penjara
- Dan lain-lain (yang difikir sesuai)
- Mengadakan “Sudut KPJ” di Sekolah
- Kempen dan Pameran Pencegahan Jenayah
- Sukan antara KPJ dan lain-lain Kelab dalam Sekolah atau
Kelab-kelab PJ dari Sekolah-sekolah berdekatan.
- Pertandingan Kuiz
- Membantu dalam aktiviti-aktiviti MCPF
- Mengambil bahagian dalam seminar/aktiviti MCPF
Crime Prevention Club
 |
Background
Crime Prevention Club in secondary schools were established nationwide to promote crime prevention awareness among pupils and enhance their knowledge of law enforcement.
The idea of its formation came from the safe city initiative committee and was accepted by the Chairman of MCPF as well as the rest of its Exco members. |
The main reason that leads to the formation of the club was mainly the rise of crime rates and activities in schools. It is hoped that with the formation of the clubs, the students are more aware of their duties in preventing crime at the early stage.
Objectives
- To foster a sense of obedience towards rules/regulations and national laws.
- To produce a sense of responsibility and awareness in crime prevention.
- To cultivate higher moral values among students that prevention is better than crime fighting.
- To prepare an outline/guidance on how to prevent crime and encourage them in doing beneficial activities.
- To produce responsible students towards religion, nation and country in preventing crime.
- To educate students as not to be involved in any crime activities.
- To expose the students to some guidelines on how to avoid from becoming victims.
Mission
The mission of the Crime Prevention Clubs is to create and instill awareness amongst the students on the importance to prevent crime and enhance their knowledge on law enforcement as to create a safer living community.
|