| News Details |
| Headline: |
Nilai kemanusiaan, kekuatan ikatan keluarga boleh bendung gejala sosial |
| News Summary: |
|
| Source: |
Berita Harian |
| Contact: |
|
| E-mail: |
|
| Website: |
www.bharian.com.my |
| Full Report: |
DUNIA kini berdepan fenomena membimbangkan. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi yang secara
langsung meningkatkan taraf kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan baru seperti keruntuhan nilai
kemanusiaan dan moral.
Keruntuhan moral dan nilai kemanusiaan di kebanyakan negara, menimbulkan pelbagai masalah lain iaitu
peningkatan gejala ketagihan dadah, hilang rasa hormat kepada ibu bapa dan orang tua, pergaulan bebas
serta jenayah juvana.
Sebagai negara yang gigih memburu status negara maju, Malaysia tidak terkecuali daripada masalah itu.
Malah, pelbagai masalah lain yang berkaitan menimbulkan kebimbangan terhadap usaha perpaduan dan pembinaan
bangsa. Antaranya ialah masalah polarisasi kaum di kalangan generasi muda. |
| |